Cikgu Malisah
Semalam
adik aku gitahu yang cikgu subject ekonomi asas dia Cikgu Malisah.
Cikgu sama yg ajar aku ekonomi asas form4&5 2009+2010 6-7tahun yg
lepas.
Sama
Cikgu Malisah you jgn main-main dia cikgu yg agak strict masuk je
kelas terus bukak buku terus suruh student bukak page bla bla bla.
Semua student kecut hokay kelas dia. Kalau dia tanya soalan and suruh
mat polan jawab jangan berani mat polan boleh duduk sebelum dapat
jawab dengan betul. Berdiri lah kau mengagau pikir jawapan. Sementara
mat polan berdiri gigil-gigil, student lain sebok bukak page yg
berkaitan soalan Cikgu Malisah
Aku
pulak bila dah tahu jenis dia cenggitu so malam sebelum kat rumah,
aku dah siap study buku ekonomi asas. Kebetulan i like ekonomi asas
(sebut dgn gaya "i like mat rempit") and of course bila kau
dah study malam sebelumnnya dan kau tahu jawapan lantas tangan di
angkat tinggi bersama hidung mendongak langit huhu. Bila aku sentiasa
dapat jawab aku rasa macam dah jadi kesayangan Cikgu Malisah. Mana
taknya aku kurang dimarahi then bila student lain tak dapat jawab
terus jeee dia cakap hah pergi tanya siska. Pergi rujuk siska. Awak
lepas ni belajar dgn siska. Siska tolong ajar dia. Siska tolong
tunjuk dia.
I
bangga youuu.
Berbalik
kepada perenggan pertama, aku pesan adik aku oleh kerana beliau
sedikit bengong di dalam pelajaran kerana beliau malas barangkali dan
pt3 beliau mendapat ABCDEF, aku pesan, ada dua pesan kalau anda
perasan oh tidak 3 pesan eh 4 pesan ok lawak lama. Serius serius. Aku
pesan kau jangan cakap kau adik akak la akak kau yang
paling cantik nama
siska la apa lah. Malu akak nanti! (dasar biadap bila
adik bodoh kurang
pandai jadinya tak mengaku adik hah siapa suruh pt3 kau ada DEF)
Harini
dia balik sekolah dia cerita
"Cikgu
Malisah tanya balik soalan-soalan yang dia ajar semalam ain angkat
tangan ain dapat jawab semua lepas tu cikgu tanya nama awak siapa ain
ckp la ain zulaikha lepas tu dia tengok list name dia tanya adik
siska ke. Ain ckp a'ah. Cikgu ckp patutlah pandai macam kakak dia."
00
<-- HIDUNG SISKA DISAAT INI
Huhu
i bangga la cikgu puji i pandai tapi yang paling penting i terharu
sangat dah bertahun tapi cikgu still ingat kat i wuuuwuuuuu?
p/s:
Kepada Cikgu Malisah, siska mintak maaf ye bukan tanak wish dah
selamat hari guru mcm yg siska buat selama persekolahan dan selama 2
tahun selepas habis sekolah tapi nombor telefon cikgu dah hilang dan
siska tidak berusaha untuk mengcontact cikgu maafkan saya. (maaf
jugak kat Cikgu Rahim sebab wow sangat ayat bm siska ini semua salah
cikgu siapa suruh cikgu tidur dalam kelas? Pengetua ke? Tak kan? So
what? Salah siska ke emm). Walau apa pun Cikgu Malisah tetap dalam
ingatan sampai bila2 huhu dan kepada semua cikgu jugak me love you
all ❤️❤️
hahaha apa laa respon cikgu malisah akak cakap cmni hehe...ain (karat ke?)yg kelas ict2 tu?
ReplyDelete