Pages

Mak anak dua

Mengandung kali ke-2 ni menghitung hari untuk bersalin. Memang rasa tak sabar betul nak bersalin sebab sumpah tak larat bawa perut di usia 31tahun ni. Masa pregnant anak first dulu relax santai je maybe sebab muda kot. Kalau ikut due sama birthday dgn bapaknya 8 November. 

3 November 2024

Bangun pagi tu dah rasa macam sengal2 contraction sikit dah. Nak mandi tengok dekat panties ada macam turun tanda tapi sikit je. Contraction tu sekejap2 datang menyengat. Tapi tak sakit sangat. So buat breakfast Aish, tok tek tok tek, lepas Aish dah lunch hantar Aish pergi rumah tokmama. Lepas tu ke Kelana Jaya sekejap settle urusan Dodi. Then pergi makan nasi briyani kat Wangsa Walk. Masa makan contraction dah makin kuat tapi 5 minit sekali. And still boleh berjalan macam biasa cuma bila datang contraction tu kena berhenti sekejap layan hembus tarik nafas.

Dalam pukul 7 pm check in Hospital Tunku Azizah. Hospital sama masa bersalin Aish cuma dah tukar nama. So check bukaan dah 4cm rupanya. Tak rasa macam sakit contraction 4cm sbb santai sangat la tahap kesakitan tu. Tapi masa bersalin Aish 4cm contraction sangat azab sampai terpejam2 la mata ngko layan contraction tu uish memang sakit betul. Tapi kali ni Alhamdulillah contraction light jee siap boleh layan main handphone, usha orang sana sini.

Dalam pukul 12:24am baru dapat bilik. Masuk bilik letak barang kemas sana sini. Cuci muka, gosok gigi. Tah dah berapa cm la aku masa ni gosok gigi sambil menggeletar. Malas mandi PUTSTOP! Duduk jap, lepas lelah. Em baring jap la dah 12 lebih ni nak titooo. Lama tak tidur hospital. Eh berangan nak tidur.

12:32am suruh Dodi standby. Gaya macam doktor boleh tahu jap lagi nak beranak ni siap suruh Dodi standby.

Bila check whatsapp ni 12:42am boleh whatsapp Dodi lagi eh padahal 1:07am seketul budak dah keluar dah emmm amahzing.

Ok la sambung tadi yang baring nak tidur tu. -Aku baring sekejap je, kau faham tak feeling kau nak beranak tu dah sampai. Aku baru baring ye, rasa tak sedap sangat badan ni, terus terlintas kat kepala, ah sakit yang 5 tahun lepas tu dah datang, aku kena hadap lagi sekali ke ni. Sebab sakit tu sangat luar biasaa. Haishh meremang ye tiber rasa nak mengandung lagi.

Aku tekan buttoon merah, tidak la nampak bayang nurse ni. Aku rasa dah mcm nak meneran sangat dah ni. Aku jalan slow2 pergi kat kaunter, cakap kat nurse ''saya rasa nak terberak dah ni''. Nurse ajak check bukaan. Baring nak check bukaan pun azab cuma tenang sgt ke muka aku sampai nurse pun relax lagi. Dia check je bukaan dia menjerit 7cm! Patient ni dah 7cm! Aku macam panik jap kenapa 7cm kau jerit, kalau 7cm kau dah jerit macam mana dgn aku yang alami 7cm ni??! Aku kena panik ke sbb memang dah nak beranak ke ni. 

Aku ditolak masuk labor room. Berselisih dgn Dodi, suruh Dodi ikut masuk labor room. Pastu ada nurse tu cakap suami tunggu dulu kt luar. Dalam labor room, midwife/nurse cakap suami dah boleh masuk. Korang memang takde standardize SOP ke kejap itu kejap ini, aku baran betul. Aku mintak pinjam hp midwife utk call Dodi. Dia bagi handphone dia, aku call Dodi dalam keadaan menggeletar sangat dah. Dodi masuk tapi kali ni Dodi tak function la guys macam beranak Aish dulu. Takde sorakan ''yang, teran yang i nampak kepala dah''. Dodi neves ke hmm. Kali ni bersalin aku macam orang gila sebab sakit sangat dah lupa dah teknik2 breath in breath out utk meneran. Tapi tup tup 1:07am kau beranak jugak kan. 

Maka, lahirkan seorang bayi perempuan. Penghuni rahim keduaku.

-Asha Aqisha-

Baby keluar, rasa lega sangat. Dan aku terus declare ni anak bongsu. Contraction kurang sakit berbanding contraction bersalin abang. Tapi meneran sakit gila babi berbanding meneran abang dulu. Rupanyaaaa dia keluar gemok dari abang. Abang 2.97kg. Dia 3.12kg. Itu pun abang ada gunting. Asha takde, midwife tu tak gunting. Memang pecah kepala saya masa meneran Asha. Masa jahit pun sakit, dulu Aish dapat gas utk lalok masa jahit, Yang ni tidakkkk, masa dijahit aku rasa ringan sangat kaki ni nak terbang hinggap tukang jahit tu, aku cuma kenangkan jasa baik dia tolong aku beranak so aku tahan je sakit tu.

4 Nov aku bersalin, 4 Nov tu jugak aku discharged from hospital. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Mengandung dan bersalin keduanya dipermudahkan Allah, tapi itu lah tu Allah bagi anak-anak high demand tapi siska ok jerrr Huahauahhuatreewyqwyufeqiyuwewgd












No comments:

Post a Comment