Pages

HARI AKU - 3

Tajuk HARI AKU ni berepisod. Sampai 3 episod. Tak tahu lah kalau ada sampai HARI AKU - 4. Sebab tajuk ni cuma tunjuk tarikh2 penting dalam hidup aku. Tapi HARI AKU-3 ni, dikarang in case aku lupa sebab panjang sangat kisahnya, maka marilah aku mengarang untuk tetap mengingati walaupun aku sudah berumur 50 tahun nanti sebab yang satu ini amat2 berharga dalam hidup aku~

Dimulakan dengan.... ya guys aku bernikah pada 16 March 2019. Tok tek tok tek -

Rabu 1 April 2019, 1:00 am

Dodi iaitu salah seorang suami kesayangan aku kerja shift malam so aku berseorangan di rumah, telah mengalami tumpah darah huehuehue em tak lah, dia macam ni, pukul 1 pagi tu tak boleh tidur so lapar jadinya makan maggi goreng pedas yang 2x pedas tu memang pedas gila babi. Bila dah habis makan tu aku pun pergi lah buang bekas maggi tu kan, tengah jalan tu rasa macam basah seluar. Bila tengok ada darah cair kat seluar i pun screaminggggggggg. Call Dodi, dia dah risau. Tapi aku cakap tak ada apa kot makan pedas sangat darah buasir kot tapi bont*t tak sakit pulak. Dalam hati dah risau ke aku ada isi pastu bila makan pedas something jadi ke. Call mama, mama cakap tak ada apa kot. Mama cakap kita tengok seminggu, kalau ada isi, ada, kalau tak ada, tak ada lah. Memang la takkan kalau tak ada, ada. Ada-ada aja la mama ni. Tapi masalahnya bukan ada atau tak ada, masalahnya kalau ada tapi aku dah makan pedas and pape jadi macam mana huwaaaaa tapi takpe tenangkan diri sambil2 google tanda2 mengandung dan salah satunya keluar darah tapi dalam google tu cakap sikit macam blood spot gitu tapi darah yang keluar dari aku banyak sikit la hmmm----

Ahad 5 April 2019, 8:50 pm

So dah 5 hari berlalu kejadian tumpah darah itu, jadinya aku rasa macam tak sabar nak check sama ada aku mengandung ke tak maka-nya aku pun beli pregnancy test yang murahan tanpa pengetahuan Dodi. Biasalah isteri zaman sekarang bukan reti nak mintak izin. Ke aku sorang je sejenis tak mintak izin? Berbalik cerita, aku pun test, 1 line. Kenapa time ni rasa macam hampanya kecewanya- pastu pikir eh apa siska ni relax lah baru kawin kan kecewa apa jadah. So benda ni Dodi tak tahu pun dan saat aku menaip ni pun aku lupa aku ada cerita ke tak kat Dodi ah lantak lah kan.

15 April 2019 8:00 am

P/S tambahan cerita sebenarnya 10 March 2019 adalah hari pertama haid aku. Dan 16 March 2019, tarikh aku nikah adalah tarikh last aku habis haid makanya ketika 15 April 2019 ni aku masih lagi tidak didatangi haid maka-nya aku pun test laaaaa pregnancy test lagi sekali walaupun tak berharap tapi entah mengapa dup dap jugak lah. Pregnancy test kit memang aku ada beli sebab konon2 nak test2 lah kan sebab yela kan dah kawin kan takkan tak kawin nak test pulak, benda logik kan? So pagi nak mandi pergi kerja test dalam toilet. Nak tunggu naik line tu rasa macam ada beberapa orang Siska dalam hati dok bersorak ''dua line! dua line!" PAPPP Tuhan bagi naik 2 line Alhamdulillah. Gembiranyaa seorang Siska then pergi kat Dodi bagitahu ''dodi,i pregnant!'' dan Dodi mengucap syukur Alhamdulillah.

Due date 17 December 2019

Pendek cerita~

Sabtu 7 December 2019 9:00 pm

Malam tu nak mandi, ada salah satu tanda bersalin di spender panties tapi confius lah tak tahu ni tanda ke apa kan dia macam darah starting nak haid tapi nurse kk dah pesan ada je salah satu tanda dari 3 tanda iaitu darah, lendir, air ketuban, sila pergi ke hospital terdekat dengan segera. Aku pun call mama cakap ada tanda darah ni tapi tak ada sakit apa semua. Mama suruh datang rumah mama tidur sana sebab takut apa2 jadi maka-nya aku dan Dodi pergilah tidur rumah mama malam tu.

Ahad 8 December 2019

Bangun pagi tu ada tanda darah lagi kat panties tapi taknak jugak pergi hospital sebab belum ada sakit. Sebab banyak baca bila pergi hospital nanti nurse check bukaan sakit lah apa lah so i takutttt. Ahad isi masa dengan ajak mama pergi makan kat Ikea. So makan puas2 konon ni makanan last sebelum bersalin kang pantang tak dapat makan. Siap paksa Bie (my sister) belanja makan Dip n Dip acah2 ni makanan last lah sebab nanti pantang tak boleh makan wekkk padahal memang last sebelum bersalin ponnn. Tawaf satu Ikea and Curve sebab konon2 banyak berjalan mudah bukaan hehehe.

Isnin 9 December 2019 8:00 am

Bangun tidur sebab nak pergi kerja, tapi macam teringat2 yang malam tadi tak lena tidur sebab dalam pukul 4 pagi dah start rasa rasa pinggang and perut macam senggugut. Dalam hati dok pikir mild contraction la ni kot. Masa nak mandi tanda bersalin makin bertambah sebab darah kat panties makin pekat dan ada pakej lendir sekali. So buat keputusan mintak cuti kat boss sebab dah rasa macam time's up baby, mama can't wait to see youuuu. Maka-nya sebelum menuju ke HWKKKL sempat lagiii ajak mama and Dodi makan roti canai depan kk Subang tu hikhokkkk.

Sampai HWKKKL bagitahu nak admit sebab dah turun tanda. Nurse tengok buku alamat Subang and tanya kenapa datang sini kenapa tak pergi Hospital Sg Buloh, aku cakap la rumah mak mertua kat Sentul, malam tadi tidur Sentul bangun pagi ada tanda so terus datang sini hehehe. So sebelum admit, doc akan check bukaan. Check je dah 3cm so Siska sila masuk wad. Alhamdulillah rezeki time check bukaan tu ada satu katil kosong. Dapat bilik yang ada aircond and dua katil. Tu wad kelas ke-2 la kot kan? So admit la dengan perasaan yang sentiasa dup dap dup dap. Sepanjang dalam wad tu doc keluar masuk interview itu ini bla bla check itu ini and then ada sorang doc tu cakap kita tunggu esok utk natural ye tak perlu paksa2 bersalin, natural lagi bagus and i is happy la kan time tu, i ok jeeee mana2 pun, asalkan baby selamat.

Tok tek tok tek malam tidur dah start rasa contraction yang kerap tapi tak sakit sangat cuma memang tidur tu tak lena ponnn. Part ni sedih sikit sebab dari malam 9 Dec ni lah aku tak dapat tidur lena sampai sekarang saat menaip ni -10 March 2020-.

Selasa 10 December 2019

Pagi tu rasa sakit yang sama macam malam time tidur tu. Tengahari tu rasa sakit yang sakit sangat dah. Banyak baca pengalaman ibu2 bersalin cakap contraction nak beranak contraction yang kerap 5 minit sekali tapi yang aku rasa time tu tak sampai 2 minit sakit ni dah kenapaa kan. Last check bukaan yang masa nak admit wad 3 cm.

4:00 pm

Dah tak tahan sakit dah kehulu kehilir duduk hembus tarik nafas and lebih kepada nak tahu aku dah berapa cm bukaan ni so serah diri kat doc ''saya nak check bukaan''. Doc pun check ''ok dah 4 cm saya booking nama awak untuk labor room''.

Balik bilik duduk atas kerusi layan contraction lagi. Tak lama pastu nurse datang kat katil bawak mesin CTG pantau kat katil sebab labor room belum ada kosong lagi. Sakit gila tiap kali contraction datang. Dah lah kena baring lekat2 benda alah dari mesin CTG kat perut tu. Kalau dapat berjalan kurang sikit rasa sakit tu sabar jelaa demi anakkuuuu. Masa tu nampak muka mama macam mengalir air mata sebab tengok anak dia tengah menahan sakit kot. ileviu mami~

5:00 pm

Rasa macam nak berak. Nurse ada cakap kalau rasa nak berak tekan je button merah kat atas kepala katil ni. So suruh Dodi tekan, nurse pun datangg. Rasanya nurse dari labor room yang datang, dia bawak katil sekali. Dia tanya kenapa, aku jawab lah rasa nak berak, dia cakap memanglah sakit contraction rasa nak berak, aku jawab lagi-ada nurse cakap kalau rasa nak berak tekan button merah tu then nurse tu cakap awak baru 4 cm, then ada nurse lain backup aku ''dia punya CTG ni dah high contraction'', padan muka nurse yang acah2 tu wekkk pastu dan2 lah cakap kebetulan labor room dah kosong. Then tolak la masuk labor room dengan Dodi and dalam hati macam bestnya baring atas katil ada orang tolak hehe. Dah masuk labor room doc lelaki pun check bukaan dah 5 cm. Nurse check dia cakap kat doc laki tu ''macam mana doc dapat 5 cm? Saya dapat 7 cm". Doc laki tersebut jawab ''oh eh? Saya tak rasa yang belah kanan tu''. Sepak kang.

So pecahkan ketuban, di saat selepas pecah ketuban tu contraction kat pinggang dah hilang tapi sakit meneran datang. Sakit yang tak tahu nak cakap. Mungkin sakit yang sepatutnya dah boleh meneran tapi kena tahan. Rasanya midwife kot ke nurse entah la yang sambut baby tu tapi tak macam doc pun, dia suruh baring mengiring so baby cepat sikit kat laluan. Tapi sakit gila rasa macam dah ada seketul benda nak keluar so cakap lah kat nurse tu saya nak teran. Dia cakap ok jom teran. Masa tu pukul 6 lebih tak silap. Sempat aku tanya kalau terberak takpe ke dia jawab takpe HAHA memang terberak pon HAHA MALUNYA!! Teran2 tak keluar, yang keluar taik je HAHAHAHAHA. Nurse tu suruh rest dulu. Katanya ''awak tak pandai teran so rehat dulu saya taknak tenaga awak habis kita tunggu dalam pukul 9 lebih sebab ni anak sulong kan so lambat sikit tapi awak dah 10 cm tau jantung baby pun cantik lagi''. Aku pandang jam perrr lambat lagi wei pukul 9, bukan 10cm memang dah kena teran ke ajar lah aku teran macam mana aku nak pandai teran kalau tak ajarrrrrr maka aku pun jawab ''saya sakit macam ni tak boleh rehat''. Dia cakap ''tak apa awak mengiring dulu rasa nak teran, teran je''. Aku diam layan jela hembus tarik nafas dah macam orang gila. Dorang keluar gi mana ntah tinggal aku berdua dgn Dodi. Tak tahannnn sangat dah aku suruh Dodi gi panggil nurse tu aku cakap aku nak try teran lagi. Dia pun ok jomm. Macam main game je. Dalam labor room time tu ada 4 orang je. 2 nurse/midwife, Dodi and aku. Eh salahhhh. 5 orang termasuk baby hehehe. Tak boleh lupa Dodi punya semangat macamkan ada 3 orang nurse/midwife time tu, Dodi lah yang duk ''teran lagi yang, dah nampak kepalaaaa'', yang nurse/midwife sorang tu pulak ''yeee teran lagiii dah nampak rambutttt'' alahaiiii rindunyaaaa saat tuuuu. So pendek cerita 3 kali teran, tepat 8:11 pm maka lahirlah seorang bayi lelaki,

 - AISH AMSYAR -

Bila dikenang balik sebenarnya Allah mudahkan perjalanan untuk bersalin Aish Amsyar, dan bila dikenang balik rasa2 sakit tu tak lah sakit mana walaupun masa tengah sakit tu rasa macam sakit gila babi tapi dia bukan lah salah satu yang aku akan masukkan dalam entry Sakit yang tak dapat dilupakan, kan dalam tu ada p/s sedang menanti sakit ketiga yang tak dapat dilupakan kan kan? Sakit bersalin tak akan jadi sakit ketiga yang tak dapat dilupakan sebabnya sakit dia adalah sakit nikmat yang tak terkata setelah keluarnya seorang bayi dari perut kita, maka akan aku masukkan dalam entry nikmat yang tak dapat dilupakan tapi cerita kat sini jela nikmat yang tak dapat dilupakan first sekali of course nikmat bersalin, yang kedua emm nikmat kau kencing setelah seharian menahan kencing, ketiga nikmat berak setelah menahan berak, pastu yang kendian2 nikmat makan sushi, nikmat makan semua benda sedap la. Ok ulang lagi sekali, Sakit bersalin tak akan jadi sakit yang tak dapat dilupakan sebabnya semua sakit tu hilang serta merta bila seketul manusia keluar dari tubuh badan kau, terima kasih Ya ALLAH.

The best part adalah aku dapat ruang sakit contraction secara berseorangan, tak ada sekali sakit dengan ibu2 yang lain so tak adalah segan sangat nak tunjuk muka sakit, lepastu ada juga time rasa sakit contraction ditemani suami dan mama. Masuk je labor room sekali dengan Dodi, sepanjang dari awal sakit sampai la discharge labor room pukul 11 malam ada dengan Dodi. Baru Dodi tahu betapa sakitnya melahirkan so boleh lah apa2 aku gunakan kuasa kesakitan bersalin aku untuk mengugut/ mintak simpati dan lain-lain. Dan semua process adalah natural. Masa tu positif gila, mind set haruslah ''aku bersalin normal, tak ada koyak, tak perlu induce, takmo czer, tak kan mintak epidural, paaaaaling positif fikiran time tu adalah semua benda yang aku akan bakal alami nanti adalah alaaa sakit sikit jee,dan Alhamdulillah apa yang dah set dalam otak time tu betul2 dimakbulkan oleh Allah. Boleh lagi ni kalau nak beranak lagi hehehe tapi tak tahu la kan kalau diberikan rezeki mengandung kali kedua complicated pulak jadinya.




p/s ALHAMDULILLAH





No comments:

Post a Comment